Bahasa Jiwa Bangsa

Posted on Oktober 23, 2010 in Uncategorized by gurumediaskkd

Bismillahhirrohmannirrohim..

Satu ketika dulu kita rakyat malaysia selalu didengar kan dengan slogan bahasa jiwa bangsa terutama di sekolah,untuk menanamkan minat dan cintakan bahasa ibunda kita sendiri tidak kira apa kaum.
slogan tersebut memberi maksud bahawa bahasa adalah satu entiti yang berkait rapat dengan satu bangsa atau kaum.Slogan tersebut jugak menunjuk kan kehebatan dan keharmonian sesuatu kaum melalui bahasa.
maka kita sebagai manusia perlulah menhormati bahasa sesuatu kaum.

Kita hendaklah terapkan bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu.Banggalah dengan bahasa kebangsaan kita.
Sebagai rakyat Malaysia,kita harus menghargai dan memperjuangkan bahasa kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha

Posted on Oktober 23, 2010 in Uncategorized by gurumediaskkd

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada warga Sk Kuala Dipang.

Qurban merupakan satu tuntutan sunat yg wajib kepada org islam yg berkemampuan. Peristiwa Nabi Ibrahim A.S dan anakandanya Nabi Ismail A.S perlu di ambil teladan dan dihayati oleh seluruh umat islam.

Al-Qur’an menegaskan hakikat Qurban, melalui kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Isma’il tercinta dalam surat Al-Shafat, ayat : 102-109. Kisahnya begini; Nabi Ibrahim berkata kapada Nabi Ismail : “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu?” Nabi Ismail menjawab seketika dengan tenang dan penuh keyakinan : “Wahai ayahku, laksanakanlah apa yang diperintahkan (oleh Allah) kepadamu, kau akan mendapatkanku – insya Allah – termasuk orang-orang yang sabar”.

marilah kita menghayati adil adha

marilah kita menghayati adil adha

Lawatan ke Melaka

Posted on Oktober 23, 2010 in Uncategorized by gurumediaskkd

Pada 30 dan 31 Oktober 2010,murid tahap 2 akan mengadakan lawatan ke negeri Melaka Bersejarah dan
Kuala Lumpur.

Antara tempat-tempat yang akan dilawati ialah:-

*Pusat Sains Negara
*Menara Berkembar Petronas
*A ‘Famosa
*Muzium Melaka
*Masjid India
*TV9

Guru-guru yang terlibat :-

-En.Mohd Ismadi
-Cik.Suriana
-En.Solahuddin
-Cik Nur hidayah
-En Shariff
-Puan Aizam
-Pn.Norhayati
-Cik Wong
-Pn.Azlah
-Pn.Aslinawati

*Dimaklumkan tiada tempat untuk mengikuti rombongan ini kerana penjualan tiket laris.Harap maklum

cepat!!tertinggal bas pulak!

cepat!!tertinggal bas pulak!

PKSR 2

Posted on Oktober 23, 2010 in Uncategorized by gurumediaskkd

Bermula dari 20-10-2010 hingga 29-10-2010,peperiksaan akhir tahun akan dijalankan.
Selamat menjalani peperiksaan akhir tahun kepada para pelajar.

susah benor soalan nyer!!

susah benor soalan nyer!!